Bahan-bahan
3 ekor ayam digoreng
3 sudu besar rempah kuzi (Anggaran 1 ekor ayam 1 sudu rempah sahaja kata ibu mentuaku)
2 botol sos tomato
2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Air Halia (Halia 1 ini dikisar dan ambil airnya)
kismis digoreng
Kacang direbus, dibuang kulit dan digoreng
Bawang merah dan putih, hiris dan goreng
garam
Masukkan rempah kuzi, sos, susu, air halia ke dalam 1 bekas. Panaskan minyak goreng ayam.
Masukkan bancuhan tadi dan masak. Tambah sedikit air. Tunggu mendidih dan masukkan ayam. Masukkan bahan-bahan goreng. Kacau sekejap, kemudian siap.
Bagi rempah kuzi, boleh dapatkan yang siap dijual di kedai-kedai ataupun boleh buat sendiri. Bab membuat rempah kuzi ini saya belum dapat belajar dengan jayanya lagi kerana mentua selalu buat sewaktu hari saya bekerja. Saya akan mantapkan ilmu ini dari semasa ke semasa daripada tok guru memasak saya iaitu mentuaku. Namun tahu bahan-bahannya kerana saya yang membeli bahan-bahan itu. Setiap bahan 1 bungkus. Berikut bahan-bahan yang ada dalam rempah kuzi:
Rempah ketumbar (bulat)
lada hitam
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
jintan manis
jintan putih
0 comments:
Post a Comment